Sunday, 14 August 2011

Pengorbanan Haji

Waktu-waktu begini (ramadhan) banyak yang sudah menerima jawapan . Jawapan Dapat atau Tidak Dapat untuk ke Tanah Suci Mengerjakan Rukun Islam yang ke-5. 
Mana-mana yang masih dalam senarai menunggu, bersabar, berdoalah moga Allah permudahkan segala urusan...
 Ini adalah saudara mara jemaah haji yang lain...
Bagi kami berdua, Tiada sesiapa yang menghantar kami ke Kelana Jaya..Itu pinta kak redha...biarlah kami sahaja pergi. Tiada air mata mengiringi kami...Biarlah kami pergi sebagai tetamu Allah dengan hati yang tenang dan penuh keredhaan. Hanya rakan suami kak redha yang menghantar kami....Itu sahaja.

Mana-mana yang sudah mendapat jawapan, bersedialah...Bersedia zahir dan batin...
Pemergian kita adalah jihad, jihad bukan sebarang jihad...jihad yang menuntut pelbagai pengorbanan.Pengorbanan sebagai seorang anak, isteri, pekerja, dan yang paling hebat adalah pengorbanan sebagai seorang ibu. 

Seperti kak redha, kak redha tidak pernah berenggang dengan anak-anak kak redha...Untuk meninggalkan anak selama hampir 2 bulan, bukanlah suatu yang mudah.Terutamanya yang bongsu. Walaupun sudah 11 tahun, dia paling manja dengan kak redha dan suami. Di samping itu, dia selalu tidak sihat...makannya kena berpantang.
Tiga bulan sebelum ke Tanah suci, hampir setiap hari hati ini senantiasa sayu apabila memandangnya. 

Mama pergi lama ke mama? Kenapa mama tak bawak adik? Mama tak cukup duit yer? Dalam Tabung haji adik ada satu ribu...mama amiklah...bawak adik sekali...
Dan...kak redha akan menangis lagi...
Ayahnya selalu memujuk kak redha...Alhamdulillah..beliaulah orang yang senantiasa memberi kekuatan kepada kak redha...
 Selain ilmu yang tidak penuh di dada, iman yang tidak seberapa, kekuatan zahir dan batin yang Allah beri...dan dua beg ini sebagai bekalan kami ke rumah Allah. Moga semuanya dipermudahkan Allah. 

Hanya kata-kata ini  yang membuat kak redha menjadi orang yang kuat dan redha untuk meninggalkan mereka dengan hati yang tenang...
"Ma, kita tetamu Allah, Allah akan permudahkan segala urusan tetamunya...Serahkan saja tugas menjaga anak-anak kita kepada Allah. Ayah yakin, Allah akan menjaganya lebih baik daripada kita menjaganya...
Ya...Kak Redha yakin, Allah lebih mengetahui, Allah maha penyayang...Allah akan menjaga anak-anak kak redha dan menyayangi mereka lebih daripada kak redha menyayangi mereka....Insyaallah.

Saturday, 30 July 2011

Berkali-kali merinduinya

Ada terlintas di fikiran tetapi tidak pernah menyangka semuanya sudah menjadi kenyataan untuk sampai di sini...
Lautan manusia...ke rumah yang menciptanya...Rumah Allah..Sekali menjejakinya...Berkali-kali merinduinya

Iyalah, belum bersedia sebenarnya...banyak sungguh kekurangan diri, kak redha bukan orang senang.. anak kak redha masih bersekolah. Yang ada hanyalah alasan. ..Juga tidak boleh diterima sebagai  alasan kerana untuk ke rumah Allah tidak perlu menunggu sehingga anak selesai sekolah, tidak perlu bertangguh menunggu duit melimpah di akaun.
Tiada alasan duniawi yang patut kita ucapakan kerana " Kalau hendak seribu daya, Kalau tak hendak seribu dalihnya.
Dan bukan mudah untuk dapat ke sana...ada yang sudah kaya malah kayanya raya...tetapi masih juga tidak menjejakkan kaki ke sana...ada yang sudah tinggi ilmu dan pangkatnya tetapi belum juga diizinkanNya. 
Kepada yang sudah menunaikannya, bersyukurlah kepada Allah...kepada sesiapa yang belum menyempurnakan rukun Islam itu, Maka, bertekad, berazam dan senantiasa berdoalah untuk ke situ...Insyaallah akan Allah beri jalan.


Friday, 29 July 2011

Hati

Bismillahhirahmannirrahim,
HATI...
di situ,
selalu terasa sakit, 
terasa walang,
sering sebal 
...kerana sering dilupa bahawa HATI itu milik Allah.
HATI...
di situ
akan tenang,
senantiasa ikhlas,
sering bahagia, 
apabila di Situ ...ada Redha-Mu.

...cakap senang, mempraktikkannya payah...