Ada terlintas di fikiran tetapi tidak pernah menyangka semuanya sudah menjadi kenyataan untuk sampai di sini...
Lautan manusia...ke rumah yang menciptanya...Rumah Allah..Sekali menjejakinya...Berkali-kali merinduinyaIyalah, belum bersedia sebenarnya...banyak sungguh kekurangan diri, kak redha bukan orang senang.. anak kak redha masih bersekolah. Yang ada hanyalah alasan. ..Juga tidak boleh diterima sebagai alasan kerana untuk ke rumah Allah tidak perlu menunggu sehingga anak selesai sekolah, tidak perlu bertangguh menunggu duit melimpah di akaun.
Tiada alasan duniawi yang patut kita ucapakan kerana " Kalau hendak seribu daya, Kalau tak hendak seribu dalihnya.
Dan bukan mudah untuk dapat ke sana...ada yang sudah kaya malah kayanya raya...tetapi masih juga tidak menjejakkan kaki ke sana...ada yang sudah tinggi ilmu dan pangkatnya tetapi belum juga diizinkanNya.
Kepada yang sudah menunaikannya, bersyukurlah kepada Allah...kepada sesiapa yang belum menyempurnakan rukun Islam itu, Maka, bertekad, berazam dan senantiasa berdoalah untuk ke situ...Insyaallah akan Allah beri jalan.
